Monday, April 7, 2008

S.I.S.I.P.A.N


Quoted from MyKMU.net...


Ahmad Shabery Cheek-Kepimpinan Pak Lah diterima RamaiContributed by drmuzi on Monday, April 07 @ 22:39:21 MYT Topic: KOMENTAR


Hari ini dilaporkan Menteri Penerangan yang baru dalam nada yang lebih lembut, mungkin setelah terasa kritikan Tan Sri Sanusi Junid di Utusan hari ini, berkata bahawa Kepimpinan Pak Lah yang lebih TERBUKA merupakan KEPIMPINAN yang DITERIMA ramai.
Bekas Menteri Pertanian dan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid berkata, mereka yang baru beberapa minggu duduk dalam Kabinet dan bergelar menteri sepatutnya menjauhkan diri daripada membuat sebarang bentuk teguran.


Beliau berkata, ini kerana Dr. Mahathir bukan pemimpin biasa tetapi pernah menjadi Perdana Menteri yang mentadbir negara ini selama 22 tahun.


"Saya tengok budak-budak baru berpolitik hendak menegur Tun, baru tempah 'bush jacket' sebagai menteri, dah nak mengata Tun," katanya di sini hari ini"


Malang sungguh bagi UMNO , BN dan juga Malaysia mempunyai MEnteri Penerangan yang agak LEMBAB untuk mentafsir keputusan pilihanraya yang baru lepas (PRU 12)BN hilang majoriti 2/3 , beliau masih berkata kepimpinan Pak Lah kepimpinan yang diterima ramai!


BN hilang 5 negeri dan satu Wilayah Persekutuan beliau masih berkata kepimpinan pak Lah , kepimpinan yang diterima ramai.UMNO menghadapi masalah membentuk kerajaan di Perlis juga di Terengganu walaupun mempunyai majoriti 2/3 , beliau masih berkata-kata perkara yang sama-Pak Lah diterima majoriti rakyat.Gila apa yang sudah MELANDA pemimpin muda di dalam UMNO dan Kerajaan.Berkata benarlah.Jiak Rakyat sudah benci pak lah, katakan rakyat sudah benci pak lah!


Berkata benarlah demi UMNO, Bangsa, Agama dan Negara.


No comments: