
News : Kenapa Nik Aziz hadir ke rumah Zaid?
KOTA BHARU:Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tetap mempertahankan tindakannya hadir di Majlis Kesyukuran sempena perlantikan Senator Datuk Zaid Ibrahim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini adalah wajar dan betul.Nik Aziz berkata demikian ketika menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali supaya menjelaskan kepada rakyat secara terbuka mengenai kehadirannya ke majlis Ketua Bahagian Umno Kota Bharu itu.
“Saya pergi ke rumah Zahid ialah kerana dia sebagai seorang Menteri dan kita kena pergi. Kebetulan pula sebelum itu beliau ada buat kenyataan untuk melaksanakan peraturan dan menggubal undang-undang anti lompat kerana kebetulan anti lompat itu dulu itu kita yang mula bukan dia.
“Masalah lompat parti ini bermula sewaktu wakil rakyat Sungai Pinang, Nordin Salleh yang lompat daripada Semangat 46 masuk UMNO. Begitu juga waktu wakil rakyat Pasir Puteh yang juga lompat dari Parti Semangat 46 masuk UMNO.“Ekoran timbul masalah itu kita sudah pun baiki dah peraturannya malah kita bawa masalah itu pergi ke mahkamah bagaimanapun mereka tolak kita dan kita kalah.“Tapi hari ini tahu-tahu dia nak buat pula yang dia sendiri tidak boleh buat sebelum ini sebab itu saya setujulah. Bukan kita yang sokong dia tapi dia yang sokong kita,” katanya ketika berceramah sempena Majlis Meraikan Petugas-Petugas PRU ke 12, di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (PUTIK), di Pengkalan Chepa, di sini, semalam.
Sabtu lalu, Nik Aziz bersetuju dengan cadangan Zaid untuk menggubal undang-undang dan peraturan baru bagi menyekat ahli politik daripada melompat parti untuk kebaikan rakyat di negara iniTegas Nik Aziz lagi, beliau bukan sahaja menerima jemputan Dato’ Zaid tetapi kalau ada orang Cina panggil dan jemput pun beliau juga akan turut hadir.“Malah, pada tahun lepas ada jemputan daripada kaum Cina di Tendong jemput makan durian dan saya hadir. Tidak lama lagi saya akan adakan perjumpaan dengan sami Buddha dan perkara ini sudah dimaklumkan kepada wakil rakyat di Tumpat supaya tolong adakan pertemuan dengan sami-sami itu,”katanya.
Tambah beliau, setiap orang kena hormat kepada orang yang di hormati oleh mana-mana pihak yang melantiknya sebagai ketua dan kita patut kena hormat."Nabi Muhamamad SAW sebagai contoh bukan sahaja sebagai Tok Lebai tetapi sebagai seorang pemimpin. Malah, otak dia cerdik itu kerana dia belajar bukan dengan orang tetapi menuntut dengan Allah SWT jadi macam mana otak dia tidak cerdik,”jelasnya.Sementara itu, Mursyidul Am Pas itu juga mengingatkan bahawa kemenangan Pas dalam Pilihanraya Umum Ke 12, baru-baru ini adalah kemenangan Islam dan bukan kemenangan Pas.
“Jangan sebut menang Pas tapi sebut kemenangan Islam. Begitu juga akidah Islam bukan akidah Pas, ibadat cara Islam bukan Ibadah cara Pas, seperti juga sosial cara Islam bukan sosial cara Pas dan ekonomi cara Islam bukan ekonomi cara Pas.“Alhamdulilah, kini sudah masuk 18 tahun kita pegang Kelantan dan bagi pihak saya dan Dewan Harian ini kita telah letak asas yang kukuh di atas dasar yang kita buat.
Baki yang tinggal ialah pelaksanaan sahaja dan itu kita akan pakat-pakat buat lepas ini. Pelaksanaan itu ialah program dan tiada masalah. Kaedah dan caranya untuk buat insyallah kita pandai-pandailah laksanakan,” katanya.Turut berceramah pada majlis itu ialah Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak, Naib Presiden Pas Dato’ Husam Musa, Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Paduka Ibrahim Ali dan Adun Panchor, Mohd Amar
Abdullah.//globalmediachannel.tv


No comments:
Post a Comment