Tuesday, April 8, 2008

Dato' Mukhriz..




Ucapan Terima Kasih Datuk Mukhriz Kepada MykmuPosted on Tuesday, April 08 @ 16:10:34 MYT Topic: KOMENTAR



Tuan Tuan, Puan Puan, Saudara Saudari Pejuang Bangsa sekelian,Assalamualaikum w.b.t.


Saya ingin merakamkan terima kasih tidak terhingga kepada portal MyKMU.net kerana menjemput saya dalam forum "UMNO Pasca PRU 12: Satu Penilaian" pada 1 April 2008 lepas. Penghargaan peribadi saya juga kepada seluruh warga kerja MyKMU.net kerana bertungkus lumus menjayakan program yang dibuat secara sukarela ini.


Sumbangan dan pengorbanan semua tidak ternilai harganya untuk menentukan Perjuangan Yang Belum Selesai, Demi Islam, Untuk Negara dan Keranamu Malaysia.Saya berharap MyKMU.net akan meneruskan program seperti ini dimasa akan datang.


Saya melihat program ini sebagai pencetus kepada satu proses pembaharuan dalam UMNO danmenyokong penuh usaha ini.Sekian, sekali lagi jutaan terima kasih.WasalamMukhriz MahathirExco Pemuda UMNO Malaysia dan Ahli Parlimen Jerlun

No comments: