anak ini dilahirkan di kota bharu kelantan.
mendapat pendidikan awal di St.Martin Kindergarten...
budi dan kasih seorang guru besar berbangsa india telah berbekas di hati anak muda ini...walaupun selepas 20 tahun kejadian ini berlaku
kisahnya..apabila hampir akhir tahun maka diadakan sesi fotografi untuk kanak-kanak - foto memakai jubah konvo.
borang-borang diedarkan dan semua pelajar dikehendaki membayar rm36.. hari berikutnya, dek kerana ibu bapa anak ini menganggap foto itu tidak perlu, maka anak ini memulangkan kembali borang kepada cikgu kelas.
di hari sesi fotografi, anak ini berdiri di balkoni kelas dari tingkat 2 tadika..memerhati dari jauh anak-anak lain riang memakai jubah dan bergambar...
guru besar berbangsa india..seorang perempuan yang lembut dan ramah datang menyapa. di tanya kenapa anak ini tidak turut serta dalam sesi fotografi itu.. anak ini diam membisu tiada jawapan. mata anak ini merah... lantas guru besar itu memimpin tangan anak ini ke bawah dan mengarahkan guru-guru lain sertakan sekali anak ini kedalam sesi fotografi..
ada guru yang bertanya kenapa..sedangkan dia tidak bayar.. jawab guru besar itu mudah ' it's ok...i PAY for Him!'
itu-lah kejadian yang mengesankan aku hingga hari ini...
bukan guru melayu yang berjaya memberi aku kisah hidup pertama di sekolah..seorang guru india, bukan di negeri lain..tapi di Kelantan
..satu hari nanti aku berharap aku dapat berjumpa dengan cikgu besar itu (20 tahun dalam kenangan)...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment